Isnin, 11 Mei 2009

petikan akhbar

Malaysia mungkin catat pertumbuhan positif pada suku keempat: Zeti


KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia mungkin mencatatkan pertumbuhan positif pada suku keempat 2009, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, hari ini.

"Kami menjangkakan keadaan bertambah baik pada separuh kedua 2009 dan terdapat potensi pertumbuhan positif pada suku keempat," katanya pada majlis pelancaran Laporan Tahunan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan 2008, di sini.

Zeti berkata, jika keadaan persekitaran global stabil, ia akan memberi prospek yang sangat positif kepada kebanyakan ekonomi Asia dan kesannya akan dapat dilihat pada separa kedua tahun ini terutamanya pada suku keempat.


"Apa yang lebih penting bagi ekonomi Asia adalah terdapatnya pertumbuhan dalam permintaan domestik, yang mana ia penting bagi mengimbangi penurunan permintaan," katanya.


Beliau berkata, penggunaan domestik Malaysia meningkat kepada 53 peratus daripada 43 peratus pada 2003.

"Ia adalah satu perubahan ketara dalam ekonomi kita dan itulah sebabnya mengapa sehingga suku keempat kita (2008), meskipun penurunan eksport, kita mampu mencatatkan pertumbuhan yang tidak berubah," katanya.

Zeti berkata, semakan semula kadar pertumbuhan terbesar adalah bagi eksport perdagangan dunia oleh Tabung Kewangan Antarabangsa yang menyaksikan penguncupan sebanyak 11 peratus.

"Ekonomi-ekonomi yang lebih terbuka akan malahan lebih terjejas. Ekonomi-ekonomi tersebut yang lebih terbuka daripada kita akan menguncup lebih besar," katanya. - Bernama

Jumaat, 1 Mei 2009

MINGGU TEKNIK DAN VOKASIONAL

Sempena Minggu Teknik dan Vokasional yang akan berlangsung pada 3 - 7 Mei ini, panitia ekonomi akan menganjurkan pertandingan teka silangkata bagi pelajar-pelajar tingkatan 6 atas sastera dan kuiz ekonomi bagi pelajar-pelajar ekonomi asas.

Pertandingan teka silang kata
Tempat : Kelas 6AA2
Tarikh : 6.5.2009
Hari : Rabu
Masa : 1.30 - 2.30
Syarat : terbuka kepada semua pelajar 6 Atas sastera

Kuiz Ekonomi
Tempat : Kelas 4 Ekonomi
Tarikh : 5.5.2009
Hari : Rabu
Masa : 2.10 - 2.50
Syarat : Terbuka kepada semua pelajar 4 ekonomi